Wednesday, June 24th, 2009

Yazid yahaya , IM dan PTS

asalamualaikum dan salam sejahtera… :-D

Pada beberapa minggu lepas saya telah pergi ke syarikat PTS untuk berbincang tentang sesuatu perkara yang dijemput oleh En Zamri Mohammad beserta dengan IM yang terkenal.Saya tidak menyangka pada waktu itu ramai pro IM yang turut hadir,alangkah segannya saya pada waktu itu. :-P

Nak tahu siapa yang saya jumpa? :-/

KLIK HERE TO READ MORE

Monday, June 22nd, 2009

Perlukah Pin adsense?

asalmualaikum dan salam sejahtera.. ;-)

Anda dah dapat pin google adsense?
atau anda ada google adsense tetapi tidak mempunyai pin adsense lagi? alangkah ruginya anda. :-(

Anda tahu anda memerlukan pin google adsense sekarang?Penting untuk anda mengetahuinya ..

KLIK HERE TO READ MORE

Sunday, May 10th, 2009

Selamat Hari Ibu 2009

Hari ini merupakan Hari Ibu untuk semua ibu-ibu diseluruh dunia.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini, terutamanya ibu saya.

SELAMAT HARI IBU.

Wednesday, April 15th, 2009

Produk Paling best di internet sekarang !!!


Buku Buat Duit Dengan Blog:

Sipnosis Buku:

Ramai yang berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan blog. Ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan dengan hanya meletakkan link affiliate, iklan dan google adsense di blog mereka. Para usahawan juga berjaya memajukan bisnes dengan hanya menggunakan blog sebagai alat pemasaran mereka.

Blog adalah jurnal maya yang kerap dikemas kini dan disebarkan bagi bacaan umum sebaik sahaja ia disiarkan. Semua orang bebas memiliki dan menjana pendapatan melalui blog. Melalui buku ini pembaca didedahkan dengan:
Perkara asas dalam Blog
Blog vs Laman Web
Teknik menghasilkan blog
Sumber utama wang
Strategi buat duit melalui blog

Turut dibongkar, teknik mendapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.

BOleh Beli dikedai Kedai Serta  Secara Online di  Website PTS

p/s: Yang best ni hasil penulisan saya.

Tuesday, April 14th, 2009

Theme GenG eBiz Sudah Siap!

Mari berbincang tentang entri ini di forum. - (10) Posts

Sukacitanya dimaklumkan bahawa theme GenG eBiz.com telah saya siapkan.   :)

Namun ianya belum dapat diaktifkan kerana saya perlu mengemeskini parent theme yang menjadi asas kepada theme ini.  Ya, theme GenG eBiz merupakan child theme, yang diubah-suai dari parent themenya iaitu WPthemestudio tanpa mengubah sedikit pun kod didalam parent theme.  Ajaib bukan? ;-)

Ini sedikit screen shot theme GenG eBiz yang belum dioptimisasikan.

Read the rest of this entry »

Sunday, April 12th, 2009

Proses Pembinaan GenG eBiz.com

Setakat ini, proses pembinaan GenG eBiz.com berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah seperti plugin yang tidak serasi walaupun sekarang website ini masih menggunakan default theme.

Hampir 70% siap, hanya mengambil masa dua hari sahaja berbanding masa saya menggunakan Joomla! dahulu dimana saya memerlukan hampir sebulan untuk mencapai sama tahap pada masa post ini dibuat.

Bayangkan perbezaan 2 hari dan hampir sebulan.  Ini disebabkan pengetahuan saya dalam Joomla! amat cetek sekali.
Tambahan lagi, kebanyakan komponen, module, dan plugin untuk mencapai apa yang sama seperti website ini adalah berbayar sedangkan dengan wordpress, hampir semua plugin yang bagus itu kita boleh gunakan secara percuma.

Bukan bermaksud saya hendak memburuk-burukan Joomla!  Ianya sebuah CMS yang bagus sekali, namun ianya masih dianggap MAHAL untuk pengguna biasa seperti kita.
Memang Joomla! boleh di “extend” lebih dar wordpress pada masa sekarang…  Saya ulangi buat masa sekarang.

Sampai masa lagi, sekarang nak buat theme pulak. ;-)

 

Oh ya, lupa pulak… Sudah bertandang ke sini tak dihidang minuman pulak…

Jemput minum… :-D

Nak beer ada… (B)
Eh, mana boleh minum ni… Maaf… maaf… :-P

Nak jus ada… (D)

Nak minuman panas teh atau kopi pun ada… (C)

Friday, April 10th, 2009

Senarai Kerja Yang Perlu Dilaksanakan

Yeah,
akhirnya terdapat sedikit kelapangan masa yang membolehkan saya mengemaskini website GenG eBiz ini.

Namun ketidak-pastian untuk menyiapkan kerja-kerja yang sememangnya perlu dilaksanakan itu sentiasa ada,
maka saya menggunakan website ini sendiri untuk mengingatkan saya apa yang perlu dilakukan. :-)

  1. Plugin;
    (Y) Smiley Themer Sudah selesai.
    (Y) Smiley Toolbar Sudah selesai.
    (Y) Subscribe to Comments  Sudah selesai.
    (Y) Google Analytics Sudah selesai.
    (Y) Ads Sharing Revenue ==> Belum pasti kewujudannya. Sudah selesai.
    (Y) Feedburner. Sudah selesai.
    (Y)  Forum ==> Mungkin menggunakan SimplePress. Sudah selesai.
    (N) Profile ==> Biar user boleh dapat link back atau promosikan diri mereka. Tak jumpa.  Nanti cuba bina sendiri. :-(
    (Y) WordPress Security Scan Sudah selesai.
    (N) Sociable Fatal error.
    (Y) WordPress.com Stats Sudah selesai.
    (N) Community ==> Tak pasti kewujudannya, kalau tidak ada… Buat sendiri. Tidak wujud, nampaknya terpaksa buat sendiri atau lupakan saja. :-(
    (Y) cForm II Sudah selesai.
  2. (Y) Theme - Gunakan WPThemestudio sebagai parent theme. Sudah selesai.
  3. Buat laman statik:-
    i.   (Y) About
    ii.  Privacy Policy
    iii.  Produk-produk ==> Sama ada download percuma atau yang dijual beli, termasuk produk dari para ahli GenG eBiz.
    iv.  Laman web ahli ==> Beserta screenshot. (p/s: Marilah jadi ahli geng ebiz nanti… )
    v. Hubungi Kami
  4. Kategori
  5. Open-x
  6. Submit sitemap ke Google, Live, dan Yahoo.
  7. Upah orang submit ke directory. ==> Entah catzer masih buat tak, sibuk dengan Bengkel WordPress saya tengok… Hmm…
  8. Pelawa orang jadi penulis tamu.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati.

Thursday, April 9th, 2009

Bermula Dari Langkah Pertama

Setiap sesuatu pasti ada permulaannya.  Meskipun kita tidak pasti adakah ianya suatu permulaan atau pun ianya sudah pun berada di pertengahan jalan.

Jika ianya baru bermula, alangkah bagusnya!
Ini bermakna kita tidak akan terlepas sesuatu yang mungkin bakal merubah hidup kita.
Kita mungkin bakal tertawa melihat orang-orang yang baru sahaja mengikuti rentak langkah kita, sedangkan kita langkah kita telah teratur kemas bak perbarisan laskar melayu tatkala dihadapan Yang Di-pertuan Agong.
Mereka baru sahaja mula untuk belajar mengira-ngira untuk menghentak kaki kiri atau kanan dahulu.
Kiri atau kanan dahulu.

Tapi bagaimana jika kita adalah orang yang masuk atau mengikut ketika segala sesuatu itu dipertengahan jalan?
Maka kuranglah keseronokannya.  Kuranglah cerita yang kita dapat ceritakan kepada orang lain pula.
Sama seperti melihat sebuah filem di panggung wayang, anda datang lewat dan sudah tentu tidak puas untuk melihat filem tersebut tatkala separuh babak dihadapan sudah ditayangkan.
Mahu membentak operator panggung wayang tersebut agar memutar kembali dari permulaan filem sudah tentu kurang wajar dan lebih teruk anda mungkin mencetus kemarahan para penonton yang lain.
Malah tidak hairan juga jika anda diminta untuk meninggalkan panggung.

Adapun sememangnya langkah pertama tidaklah seseronok malam pertama perkahwinan. (Haha)

Langkah pertama tidak menjanjikan kejayaan.
Langkah pertama juga membawa seribu kemungkinan anda akan terpincang kerana salah langkah.

Namun, jika tak melangkah maka anda tidak akan bergerak maju kehadapan.
Jika tidak melangkah, anda tidak akan tiba ke tempat yang ingin dituju.
Ya, jika pada zaman dahulu kala dimana zaman kegemilangan Hang Tuah, dimana keilmuan ghaib masih berfungsi, kita senang-senang sahaja membaca amalan ilmu melipat bumi untuk tiba ditempat yang diingini tanpa melakukan selangkah pun.
Eh, saya salah!
Meskipun anda memiliki ilmu melipat bumi, anda tetap perlu melangkah kehadapan dalam arah tujuan anda.
Kerana ilmu melipat bumi cuma memendekkan ruang dan waktu dan bukannya menghapuskan sama sekali jarak pengantara.

Adapun GenGeBiz.com ini telah memulakan langkah pertama dengan mengeluarkan sebuah risalah yang mengumpulkan produk-produk tempatan.  Ianya bagus, namun bagi saya sendiri, ianya masih kurang berguna.  Jadi apakah yang ingin kita ketengahkan disini?

Jika pada masa dahulu belajar mengaji di madrasah tidak wajib kita membawa seberkas gula, segantang beras untuk kita sedekahkan kepada Tok Guru yang mengajar kita.
Tapi pada masa sekarang, semuanya PERLU WANG.
Semuanya perlu yuran.
Belajar mengaji pun perlu yuran.
Iya, wang.  Uang, fulus, duit, chien.  Kita sangat memerlukan itu meskipun ramai memegang prinsip wang bukan segalanya.
Namun bagi saya, wang bukan segalanya, saya bersetuju dengan ini.
Tapi ianya haruslah dilengkapkan dengan ungkapan wang boleh merosak segalanya.  Atau, tanpa wang, segalanya boleh rosak.
Oleh itu, ramailah orang-orang yang tamak dan haloba memikirkan wang, mencari wang dengan cara yang kurang ajar dan semestinya wang itu tidak akan halal untuk membeli makanan, dan makanan itu tidak akan halal, untuk membeli minuman dan minuman itu tidak halal.
Apa makanan yang tidak halal?
Anda fikir-fikirkanlah sendiri.  Sanggupkah anda memakan makanan yang tidak halal?

Tidak kurang juga, rumah-tangga para tetangga kita yang kita lihat retak, gara-gara tidak ada wang.
Sang suami tidak berupaya mencari wang yang cukup.
Maka sang isteri tidak ada wang yang cukup untuk berbelanja.
Jika mendapat isteri yang solehah, maka bahagialah hidup anda.
Tetapi tidak ramai wanita yang layak untuk digelar solehah.
Lebih ramai yang memandang muka Yang Di-Pertuan Agong pada cetakan mata wang berbanding mereka melihat muka anda!
Tidak ada wang, sang isteri yang bagai cacing kepanasan bosan dirumah, mencari cara wang lain.
Wah! Untungnya ada lelaki lain memberi sang isteri itu wang.
Untuk apa ya, sang lelaki lain itu begitu baik sekali?  Mestilah ada imbal balasannya… Maka kecurangan berlaku.
Sebaik sahaja sang suami yang tak berdaya itu mengetahuinya, hanya dua pilihan yang dapat dilihat dalam kesayuan, kegeraman, kesakit-hatiannya mengetahi perihal kecurangan isterinya.
Sama ada dia menjadi lelaki dayus dan membiarkan isterinya begitu, ataupun dia menceraikan saja isterinya.
Namun walau apa pun keputusan sang suami itu, kesimpulannya wang telah merosakkan segalanya.

Jadi apa yang kita ingin ketengahkan disini?
Mencari wang di internet?
Salah satu.

Mari, kita semua memikirkan semula, tujuan kita hidup dan untuk apakah penat-lelah anda semua itu.

Saya mungkin cetek fikiran, mungkin juga kurang bijak.
Tetapi ada pepatah Inggeris berbunyi, “Two heads is better than one.” maka nescaya kita akan membentuk satu idea yang hebat.

Jika orang Melayu ada persekutuan kongsi gelap, namanya GENG KONGSI GELAP.
Jika orang Cina ada  persekutuan kongsi gelap, namanya SAMSENG.
Jika orang Jepun ada persekutan kongsi gelap, namanya YAKUZA.
Jika orang Italy ada persekutuan kongsi gelap, namanya MAFIA.

Masakan kita yang ada persekutuan sebagai seorang usahawan internet ini tidak ada nama glamour?
Ya, anda menekanya dengan bijak.

Kita adalah…

GENG EBIZ

 

Salam mesra dari saya,
Pangeran Wiguan
Pengurusn GenG eBiz.com